Assalamualaikum :)
Meraban secara separa pukal bukanlah bermaksud engkau yakni para readers sekalian meraba orang sambil memakai Rayban ke hape. Tetapi adalah bermaksud bahawa hari ini cuti dan aku adalah bosan dan penat tido lepas tu melalak sampai lebam. Get it? More or less like that lah.
Dan aku lapa juga. Dan internet adalah tidak bagus juga. Dan kucing2 adalah sibuk juga. Dan kenapa rumah aku ni tak banyak perabut juga. Dan bila lah nak bonus juga sebab tak sabar nak tetttt. Oh. Rahsia.
Lepas tu tak boleh tulis semua dalam bahasa inggeris sebab nanti kena tumbuk kat tulang. Haahahahaha.
Oh. Aku ni nampak je besar tapi hakikatnya aku ni bertulang aje. Sila jangan terpedaya dengan tipu helah dunia ni. Ini semua mainan mata kasar kau aje. Sekali jentik kat aku ni maunye lebam jari kau sebab tulang aku refleks balik. Hahahaha. Gitewww.
Aku mempunyai cita2 yang besar menggunung sekarang ini. Mahukan Neo V. Cepat lah bonus. Cepatlah bonus. Dan secara tepatnye cepatlah bonus bagi green book. Kehkehkeh. Bolehlah melaram dengan Neo V lepas tu boleh bergambar dengan berlagak magak. Dah lama tak berlagak rasanya. Last time berlagak pun tak berapa nak berlagak sangat kot.
Semalam aku tengok cerekarama yang kat TV3 tu. Aku untuk siapa. Aku secara umumnye lah ye. Tak berapa berkenan tajuk itu. Sebab macam engkau untuk orang yang nak kat engkau lah. Kann? Teehehehee. Lagipun ceritanya tak berapa nak best. Macam biasa2 aje. Aku tak mengalirkan air mata. Dan pengajaran selepas ini, ketika berjalan2 merayap pergi bank ke makan ke, bawaklah payung. Boleh selamatkan seorang lelaki dari dirompak lepas tu boleh ngedate.
Sekarang nak ngedate kena tengok tahap kesibukan masing2 dan juga jadual cerita 'Tentang Dhia'. Sebab aku sekarang memang suka tengok cerita tu setiap petang. Tapi kadang2 kelakar jugak lah cerita tu sebab masa part Dhia tiba2 mati tu, aku agak terkejut gak lah.
Jap. Iklan. Kenapa aku kena tumbuk lagi?
Okay. Sambung balik. Kan masa memula cerita episod berapa ntah tu dok tayang ustaz nampak hantu kat rumah sapa ntah yang histeria tu. Tup tup sebenarnya nak tunjuk yang untaz boleh nampak hantu masa Dhia mati. Hahahaha. And tok bomoh kena tampar? Adalah kelakar sangat. Sungguh. Hahahahaha. Tapi Ady Putra adalah handsome dan sweet. Dan handsome. Dan sweet. Dan handsome. Dan sweet. Dan handsome. Dan dah dah lah tu yek.
Owh. Ombak rindu best ke? Sana sini semua orang dok ngata cerita tu best. Siap nangis2. Best sangat eh? Aku bukan tak suka filem melayu ke apa. Aku support jugak lah. Tapi aku sukar nak percaya komen2 orang ni. Macam cerita Nur Kasih dulu tu.orang dok kata sedih. Aku tengok terkekek ketawa. Hehehe.
Ok lah. MAcam dah agak2 separa ni. Sambung len kali.
1 idea bernas:
haha akak pun gelak guling2 mase tok bomoh kena tampar tu.. haha... ape barang tampar jer? haha
eh ombak rindu best taw :D
Post a Comment