Assalamualaikum :)
Phewww. Adalah lama tidak merajinkan diri untuk menaip. Sebab bosan. Sebab sibuk. Dan sebab malas. Few weeks back aku ada training untuk sukan CCM sahaja. Balik kerja pergi stadium lari2 tak pun pergi Dewan MPK friendly dengan budak MPK tak pun pergi Arena friendly dengan maknyah. Haahaha. Balik rumah badan penuh peluh, mandi secara laju kadang2 lepas tu terus tido.
Then Sabtu lepas adalah penentu segala peluh dan penat lelah yang dilalui selama ini. Ewah. And the result is.....
CCMD WON!!!
Kilang aku menang secara keseluruhan babe. Lepas tu. Lepas tu. Team netball aku juara kot. Hoyehh!!!! Tak sia2 lari2 dekat stadium malam sampai kena marah dengan emak. Tak sia2 aku berpeluh secara pukal. Tak sia2 jerawat tumbuh dengan banyaknya sebab peluh jijik. Hahahahaha. Kamilah juara! Aku pulang dengan 2 emas dan RM60. Haahahaha. ORait la tu. Yang penting juara netball sebab kilang aku dah agak2 5 tahun tak pernah juara. Paling hebat pun asyik dapat no.2 je. Tahun ni orang lain dah bahan2 and tak mengharaplah kitorang menang tapi tup tup jadi juara. Manissssss!!!
.........
Ohoh. Sekarang mahu cerita yang aku sudah ada beberapa darlings baru. Mereka begitu cute and adorable dan manja dan rasa nak picit2 dan rasa nak gigit2. Ya Allah comelnya.
They are Yen yen, Milo and Baby!!
My sister's kittens. Bukan aku yang adopted diorang maka bukan hak milik kekal aku lah. Kiranya kalau nak bagi makanan tu aku tak boleh main bagi aje. Kalau nak marah sepak terajang tu tak boleh main hentam aje. Sebab aku bukan mummy diorang. Aku adalah aunty. Hahahahaha. Comel kan jadi aunty kepada kittens yang menggeramkan hati dan perasaan.
Aku akui aku adalah seorang yang takut pada kucing. Sejak daripada masuk sekolah menengah sampai sebelum these adorable kittens datang aku adalah agak fobia pada kucing. Sebab diorang menakutkan. Tapi aku suka binatang. Sebagai buktinya dulu aku pernah bela ikan dan hamster di kolej. Aku sayangkan gajah dan zirafah di Zoo. And even semalam aku bermimpi bermain dengan harimau di Zoo Taiping. Can't you see how much I love the animals??? Sampai masuk mimpi kot.
Oh. Berbalik kepada kisah takutkan kucing. Aku mula takut sebab pernah dekat dewan makan sekolah dulu ada seekor kucing menerpa ke atas peha aku sewaktu aku sedang makan sehingga aku hampir2 menterbalikkan meja makan tersebut. Jadi secara tak langsung, a cat is a big NO to me. Sila jauhkan mereka jika tak mahu ada meja yang terbalik dikemudian hari. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi. Aku juga pernah terlalu terkejut dengan kehadiran kucing yang suka menggesel di kaki sehingga telah tersepak kucing tersebut dengan kuat dan beliau terpelanting jauh. Agak jauh. I'm sorry tapi aku adalah takut dan geli. Aktiviti aku mendukung kucing adalah perbuatan yang rare untuk dilihat dengan mata kasar anda semua. Jangan terlalu berharap.
Tetapi. Akan tetapi. Sifat menyayangi binatang itu sangat menebal dalam diri aku. Ewah.
Akhirnya aku tewas di tangan these 3 adorable kittens. Aku beranikan diri memegang mereka. Dan hasilnya sekarang, engkau mahu melompat ke, baring di riba ke, memanjat sampai ke bahu ke, bermain dengan rambut aku ke, aku dah tak kisah. Sebab aku dah BERANI!!!
Hoyeh!! Wuuuuhuuuu!!!
Biggest achievement aku this year. Haahahahahaha.
Aku dah berani pegang kittens yow. Siap boleh main geletek2 lagi. Boleh kasik belai2 duduk atas lap lagi. Boleh main tepuk amai2 lagi. Nanti kalau rajin aku kasik tengok diorang yang comel geram2 rasa nak hempap dengan bantal. Hohohohoh.
Tapi. Buat masa ini. Only applicable untuk kittens sajalah. Kalau mak kucing datang melompat memang aku karate dengan kaki.
It takes time. :)
1 idea bernas:
mesti kucing yg menggesel kat kaki tu owen kan? haha rindu owen yg asik pregnant je tuh, hehehe
Post a Comment