Sesi mari mendengar aduan yang tak best.

Assalamualaikum :)



Marilah senyum secara tawar bersama-sama aku hari ini. Mari. Mari. Janganlah segan silu jika anda pun mahu mengadu. Silakanlah mengadu pada aku juga sebab entri ini memang khas untuk membuat aduan. Diulangi. Membuat aduan sahaja bukannya selesaikan masalah berkaitan aduan ke apa. Tak perlu susah2.


Since hari ini aku adalah teramat susah hati ditambah dengan mood yang tak berapa baik dan tiada sesiapa untuk bergantung, maka aku buatlah sesi ini. Kesian kepada diri sendiri. Tak salah sekali sekala nak buat2 kesian sebab kang bila asyik nak berlagak kuat je bila pulak masanya nak berlagak tak kuat. Tak gitu?


Hmmmm. (Keluhan panjang....)



Apakah salahku apakah dosaku.................. (Lirik lagu)



Aku adalah tidak berapa bagus dari segi emosi sebab aku tak berapa nak faham apa yang perlu aku buat. I thought I've done my very best to please others tapi masih tak cukup. Kenapa? Apa aku kena buat lagi? Aku tak membuat perkara yang menyalahi undang2. Aku tak pergi merokok mahupun berdisko mahupun berjimba secara pukal. Aku pergi kerja balik kerja lepas tu pergi BERSUKAN. Salah? Salah? SAlah ke?? Adalah sekali sekala nak berjalan jejak kaki masuk shopping complex tapi bukanlah setiap hari since aku adalah manusia bengkok remember? Aku tak buat benda yang membolehkan aku masuk penjara. Aku berada di sekitar Klang ini saja. Jauh2 pun pi main futsal kat Shah Alam. Nak pergi KL pun pikir 2-3 kali. Aku tido awal bila hari kerja supaya boleh bangun awal. Aku rajinkan diri kerja pada hujung minggu. Apa lagi yang tak kena kat sini?


Oh. Aku jarang telefon ibu bapa.


Lepas ni aku rajinkan diri telefon.

.....
But what is the point if the things that u heard is not the thing that u expect to hear on the first place. There I said it. Yes the fault is mine but if u think it back then u would know why this thing happened and to be honest, I will not make it my choice the second time this kind of act crossed my mind. Whatever. 
.....


Then again. Sekarang telefon aku rosak. Adalah sangat sakit hati sebab telefon rosak lepas tu terus tak ada mood nak memegang telefon. Aku adalah tak boleh dicabar ketika marah sebab aku akan tend untuk melakukan benda bodoh seperti melempar telefon ketika dalam kereta yang bergerak. Bersepai terus. Good for me. And good for others too kot.

.....


And lagi ibu jari kaki kiri aku adalah bengkak dan sakit sebab main netball pagi tadi. Good for me sebab tak boleh lari2 laju2 lagi (as if aku ni laju sangat) and then tak payah bersukan sangat. Tapi too bad sebab aku wakil netball Duopharma bulan November ini maka setiap hari ada training so yeay for me! Dah lah kalah masa game inter department pagi tadi and honestly sedikit sakit hati sebab tak fair langsung game itu tapi tak apa dan redha sajalah. At least dapat no.2 dapatlah seorang RM10 dan kesihatan yang baik dan sedikit fitness.

.....


Semalam  aku kerja and peak yang keluar macam bodoh. Dah lah peak tak pure dan aku tak tahulah salah column ke or salah preparation. Sakit hati bila buat test tapi tak dapat. Benda yang supposed simple jadi complicated. Dah jadi satu kerja pulak nak discover kat mana salah. Leceh. Leceh. Dan hari ini (Ahad) aku pergi lab lagi dan yet the result still sama. Aku repeat balik hari ini dengan redha dan sakit2 kaki lepas game dan ini resultnye. Apelah bengap sungguh peak itu sehingga mendatangkan kemarahan yang jitu tulus dari hati aku.


....

And for those yang rasa macam ambik hak orang tu, pulangkan lah. Sebab kot ye nak bagi pengajran ke nak bergurau ke, bukan macam ni caranya. Aku tak larat nak paksa2 orang mahupun marah2 orang secara lama dan tak larat jugak nak dengar kata2 yang menyakitkan hati. Sebab dah tak larat nak marah. Apa pun tuduhan mahupun tohmahan negatif kat aku, aku terima lah since aku pun tak larat nak reply balik. Sememangnya aku ni manusia yang tak suka membalas kata2 keji. Dan juga manusia yang asyik tak larat. Aku adalah bagus dalam menyusahkan benda yang senang tapi benda senang yang ini aku pun tak mahu susahkan. Benda dah lepas kita jadikan pengajaran tapi pada masa yang sama apa kata kita perbaiki diri dan jangan jadi bertambah jahat dan buruk. Okay kan?

.....



Cukup tak aduan? KE rungutan sebenarnya. And all of this happen today!!! Too many things happened dalam sehari membuatkan aku pun naik tension. Kalau check kat doktor boleh dikatakan darah tinggi aku untuk hari ini. Hari ini sajalah. Teehehehehe.



Nak senyum pun tawar2 aje jadi aku pun merajinkan diri kemas bilik dan lipat baju dan basuh2 baju malam ini. See? Kemarahan mendatang perkara baik juga untuk aku sebenarnya. Hasilnya bilik aku lebih teratur dan bersih. Hahahahaha.


Ok. Cukup lah.  Tata~

0 idea bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...