Serius marah.

Assalamualaikum :)



Aku tak adalah nak serius marah sangat tapi more to serius hangin. Macam terbakar je hati aku ni and rasa macam nak memijak orang gemok dedel banyak berlipat lepas tu buncit tak ingat nak pakai baju ketat2 sampai jadi kurus kerempeng macam papan. Tak pun jadi kurus macam sekeping doh yang dah dicanai sampai jadi nipis gila. Tak pun jadi kurus macam sekeping kerepek pisang. Kerepek pisang yang warna hitam manis itu adalah sedap tapi aku akan pastikan kau tak kan jadi kerepek pisang hitam manis tu sebab kau pasti tak sedap.


Huh!



Nampak tak kemarahan aku di situ?


Aku pantang ah kalau kau tak cukup bagus tapi nak cakap kat orang bagus2 macam kau bagus gila memang semua orang tak bagus kau sorang je bagus. Hipokrit sikit2 tahu? Berlagak bagus pun ada. Tak sedar diri pun ada. Perasan pun ada. Hei. MArah ni marah. 



Sabarlah diri sendiri.



Tak payah nak cakap orang itu buruk gila padahal perangai kau pun sama buruk. Faham? Sedar diri sikit. Aku ni ketegori sedar diri sikit2 so aku kalau nasihat orang memang sikit2 je aku bagi. Sebab sedar diri. Lepas tu kalau nak cakap ingat kelemahan diri sendiri jangan nak berlagak tak tentu pasal. LEpas tu cuba jangan nak korek hal peribadi orang yang sebenarnya tak teringin pun nak tahu hal peribadi kau. Jaga kain sendiri lah bak kata orang tua2. Kain orang dia sibok dok kais2 pegang2 tapi kain sendiri meleret-leret kat jalan sampai koyak rabak. Tak ke kesian perbuatan itu? Seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Eh. Itu peribahasa lain kot.


Heeehehheeheee.


Memang tak boleh tengok orang lain senang ke apa?



Sifat dengki dalan diri sendiri itu terlalu banyak sampai sikit aje kesalahan orang terus kau nak serang. Dendam tak habis2. Aku buntu dan aku tak faham. Aku rasa aku dah cukup sabar lepas tu buat bodoh lepas tu buat tak tahu sebab perangai kau memang gitu kan tapi still tak habis2 kau cari pasal. MAcam mana aku tak marah sorang2 kat dalam blog. Cuba kau bagitau sikit.


Haaaaa. KAn dah termarah sorang2. Marah ni tahu marah. Tapi sebab aku sekarang tengah basuh kain so nak kena pantau air kat mesin tu jadi marah aku ni macam separa2 jek jadinya. Lagipun aku penat baru balik joging dekat stadium lepas tu mak aku sound kenapa bersenam malam2 lepas tu terus aku teringat marah ni. So dah suam2 marah ni sebenarnya berbanding petang tadi.



Moral of the entri: Jangan sibuk hal orang yang tak sibuk hal kau boleh? Kalau memang spesis kau adalah penyibuk, sibuklah hal orang secara berpada2. Bak kata mak aku tadi, jangan OVER.



Sekian entri negatif marah2 aku di malam ini. Jangan sampai kau bawak ke mimpi sudah.



Good night.

0 idea bernas:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...