Eh. Menang lagi :)

Assalamualaikum :)



Setelah selesai sesi marah2 hangin yang entah apa apa dan tambah memburukkan muka sebab kena berkerut-kerut dahi kalau marah kelmarin, marilah kita tersenyum ria meraikan kemenangan team boling saya. Ehem. Ulang sekali lagi. Team boling saya :). Ewah.


Suka ye. Suka.


Suka lah sebab dah menang. Teeheheehehee :)


Semalam adalah hari pertandingan boling antara CCM which means semua kilang CCM bertanding. Actually bukan semua pun tapi macam yang kecik2 tu gabung lah membentuk satu team and since kilang aku agak besar tak payah gabung2 lah. Berdiri secara sendiri. Ehm. Faham ke explanation yang tidak perlu ini? Tak apa. Tak apa.


Aku adalah agak gemuruh sebab tahun lepas tak pernah wakil pun sebab tahun lepas I pergi bercuti uolls. Kan I pergi Sabah bah bah pada HARI JADI maka aku pun tidaklah join tournament boling kilang sehingga membuatkan aku terus tidak memenangi apa2 dan terus tak wakil kilang. Oh. Sebelum nak wakil kilang kena pilih peserta so kilang akan buat tournament inter department lah untuk pilih player. Since tahun ini aku tak pergi Sabah bah bah maka aku menang No.3 hari tu and automatically terus wakil kilang. Ecececeh. Tak sangka okay.


Aku adalah bertangan bengkok -__-!!


Oh. Balik cerita gemuruh. Semalam memang gemuruh jiwa Faizal Tahir sebab pressure untuk menang. Tahun lepas team boling Duopharma menang no.1 maka tahun ini harus kekalkan kejuaraan and tekanan itu adalah maha hebat. Aku adalah tidak perform pada set pertama ye. Sangat tidak perform sehingga mahu pergi ke bilik air dan menangis teresak-esak. Sehingga mahu salin baju pergi jalan2 dalam Summit sambil shopping semata-mata untuk menenangkan jiwa. Down to earth gila. Salah2. Bukan down to earth. Down yang masuk ke dalam kerak bumi.


Tetapi. Akan tetapi.



Di atas keyakinan dan semangat dan galakan yang diberikan yakni dalam bahasa Inggerisnya adalah SUPPORT dari team yang tidak kelihatan marah pun di atas ketidak-perform-an aku, maka aku bangkit dari kekecewaaan. Hahahahahaha. Tak jadi nak menangis. Tak jadi nak tukar baju dan pergi shopping. Terus aku lap tangan dengan towel sebab  bila pressure tangan aku berpeluh dan memulakan set kedua dengan agak okay. Agak okay. Kira macam dah dapat rentak sikit2. Ecewah. Dan mengakhiri set ketiga dengan better than set kedua. 


Haahahahaha. LEpas tu terus habis game. Lepas tu terus menang. Okay. Aku dah malas nak taip. LOL. sebenarnya aku kerja hari ini. KErja di hari Ahad adalah hobi terbaru aku. Makanya aku nak bersiap2 pergi kerja dan harus memendekkan entri ini secara tiba2. Biasakanlah diri anda dengan ending yang tiba2 sebab aku terlupa yang jam sudah menghampiri pukul 9.30 pagi. Sekian. 


Have a nice day readers!

1 idea bernas:

Anonymous said...

berapa score tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...